Monday 3 October 2011

Gugurlzz Yang Dicari Boboyz..

Jika nak dihitungkan Sikap Wanita Yang Dicari Lelaki amat banyak. Meskipun banyak pendapat dan permintaan. Sikap wanita yang asas jika diterapkan, sudah memadai bagi seorang lelaki menghormati seorang wanita itu. ini just ikut pandangan aku je laaa....hahahaha

Sikap Wanita yang Dicari Lelaki

Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki.. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

Sikap Memahami dan Matang
Sikap wanita yang memahami membuatkan lelaki berasa dihargai. Sikap ini terpancar apabila wanita itusering memaafkan dan sentiasa menunjukkan perasaan yang prihatin.

Pandai Menghargai
Antara sikap yang penting yang perlu ada, ialah pandai menghargai. Wanita yang menghargai apa jua dilakukan atau diberikan oleh lelaki. Wanita sebegini juga pandai mengambil hati lelaki, kerana dia sentiasa bersyukur apa yang ada padanya.

Menjaga Penampilan
Sudah pasti lelaki tertarik kepada wanita yang menjaga kebersihan dan pandai menjaga penampilannya. Sikap ini menunjukkan bahawa wanita itu ialah seorang yang rajin. Bonus, jika wanita itucantik dan sejuk apabila mata memandangnya.

Pandai Berkomunikasi
Lelaki amat suka jika wanita itu pandai berkomuikasi. Kelebihan sebegini menunjukkan wanita itu seorang yang lincah dan cergas. Ia mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja serta dapat memberi respon yang membuatkan rakan bualnya teruja untuk berkomunikasi.

Sikap Keanak Anakkan dan Slamber
Sikap keanak anakkan dan manja menjadi satu tarikan , asalkan ia tidak sampai menjengkelkan. Wanitayang ceria yang membuatkan lelaki ashik memerhatikan lakunya, sudah pasti membuat lelaki ghairah untuk lebih mengenalinya.

Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa.. ni dia :
  • Bersopan satun
  • Sentiasa memansikan wajah
  • Sentiasa senyum
  • Menutup aurat
  • Ramah dan mesra
  • Tidak terlalu cemburu
  • Menghormati orang lain.

3 comments:

  1. sebelum lelaki itu mrndapatkan wanita secantik dan semanis itu, dia haruslah melngkapkan dirinya juga terlebih dahulu...

    ReplyDelete
  2. wuakakakakakkakaka,,
    manja!!!!!!

    ReplyDelete
  3. lelaki sentiasa bersedia jee..
    hihihiih
    :)

    ReplyDelete